Hari-hari yang berlalu dengan penuh warna-warni. Berwarna hitam pun ade. Kelabu asap tak ketinggalan. Tapi blog tetap menyepikan diri. Namun tidakla sesepi ruangan hati ini. Hahaha lol permulaan entri pada kali ini.
Amek ko, penuh berbunga-bunga ayat, ibarat suasana di laman rumah. Rumah banyak bunga tau. Walau pun cuaca panas terik, tunggu-tunggu hujan tak kunjung tiba. Yang peliknya, di negeri sana siap ribut, guruh dan petir mengalahkan negeri pantai timur nih. Al maklum la sekarang tengah musim kemarau. Tak tahan. Tapi panas akhirat lagi tak tahan kan.
Ouchh! [-_-]
Maka Tak kira pagi atau malam, mesti nak minum ais. Sebelum tidur pun, sempat lagi turun bawah, bukak peti, cari air. opss ais la. Ketung-ketang, mengejutkan semua ahli rumah memang jadi rutin dah. Haha pastu letak lemon, gula sket, air and ais. Nak lagi nampak semangat, potong lemon, hias dan letak di bibir gelas. Fullamak, syahdunye. Dan berangan, rehat di tepi pantai, di sebuah pulau. Iaitu Pulau perhentian! Woaaa~
Haa ni satu hal, bila sebut nama pulau ni. Memang agak sensitip la. Bila la korang ni nak stat plan kite ni. Mula-mula akhir bulan mac. Dibawa ke bulan april. Dan terbaru, pada hari cuti buruh. Tapi sah-sah chalet dan resort segala bagai da penuh time tu. Hopefully the next week nye ade peluang la. Lame da tak rase fun dan enjoy! Ke da lupe perasaan seronok tu? Huhuh asyik bangun, celik mata, keje. Keje. Dan keje. Balik dari keje terus memasuki alam lain. Alam mimpi. Huh!
Weekend pun same. Hari jumaat mestila rehat-rehat seharian, main-main di laman, makan-makan di taman. ececeh nak berderat ke tempat lain pun tak larat dah. Keesokan hari nye keje lagi. Hari sabtu, ahad dan seterusnye berputar-putar rutin yang sama. bile nak bertukar rutin yg berlainan sket neh.
tatau nak bebel ape. bebelan dari hati kot~
~ Rase nak potong rambut la. Da beberapa kali berniat tapi gagal.
Kali ni, nekad.
No comments:
Post a Comment