Apr 30, 2010

long distance relationships.







Hubungan cinta jarak jauh..?


U all percaya tak dgn jarak hubungan cinta begini. Tetiba rase nak taip perkara yang berbangkit ni.


Menurut orang yang berpengalaman, mereka menasihatkan kedua-dua pihak haruslah menuntut pengorbanaan & kesetiaan yg lebih tinggi. Hmm. Hmm


Banyak kali n most of my frens mengalami situasi seperti di atas. Hehe somehow, ade kesan negatif n positif, pros n cons la.


So, better kite tengok dari sudut positif la. Kalau ditengok dgn cara ni, rasenye adalah lebih manis. Tidak dapat digambarkan. Dan bukan seperti semanis gula/madu ye. Ekekek


Ok, tips antaranye :


  1. percaya & jujur.

Dua-dua elemen ni kene diutamakan la. Kalau tade salah satu nye, maka hancuss la perhubungan itu. Hehe satu lagi, kene percaya & berserah pada takdir. Kalau takdir da tentukan tiada jodoh, maka harus terima dgn sabar. Hukhuk jgn nanges,jangan nanges!

  1. komitmen.

Ni pun penting tau! Kalau masing-masing tak beri komitmen, macam mane nak kekal? Sebenarnye jarak jauh or dekat same je. Jarak jauh tu lagi banyak cabarannya, ibarat mendaki bukit di kota kinabalu.ngehngeh. awak dan si dia, harus pandai berkompromi la (betul ke term tu?)

  1. selalu berhubung.

Owh owh. Ini lagi lagi penting. Komunikasi antara kamu berdua. Haha tak semestinye kena bertemu muka or face to face. Bley berhubung by email ke, sms, or ym? Lebih-lebih ramai addicted dengan facebook. Fb pun okkay! Ni bagi elakkan si dia or kita sendiri dari kesunyian. Bila da sunyi tu, tau-tau aje la ye. Mula la nak cari teman yang lain. Mula-mula, nak cari teman utk bersukan, pastu kuar makan. Pastu dan lepas itu. Tett tett. Maka, bermula la bibit-bibit percintaan antara kau dan dia.

  1. jangan letak banyak harapan.

U all jangan la letak harapan bergunung-gunung. Sebab hubungan macam ni banyak risiko dan sukar!jangan letak harapan 100 peratus la ~ memangla, kite mesti impikan pengakhiran yang baik dan bahagia macam setengah cerita novel tu. Dikhuatiri kecewa dengan tragis! Sob.sob.sob mula la lps kecewa, tiada selera makan, berat pun turun, muka cengkung. Hidup terumbang ambing. erkk!

  1. setia.

Perhubungan sebegini perlukan kesetiaan antara pasangan yg bersungguh-sungguh dan ikhlas. Wahhh!

Kalau tidak, tak lulus & berjaya! Lagi-lagi yang dlm peringkat bercinta-cintun sebab tiada ikatan lagi. Kebanyakan nye, yang lelaki lebih kerap berlaku curang. Oppssss! Ni pakar tu cakap eh. Bukan saye. Lalalala =D





  1. Emosi.

Jangan terlalu emosi. Sebabnye, kalau da lama dan jarang berjumpe, kita macam selalu prasangka buruk pada pasangan. Kena pandai kawal emosi, selalu pikir positif. Kalau tidak, mesti bergaduh. Salah satu punca yang membawa pada keretakan.


Pape pun, rakan-rakan sekalian. Yang paling penting, mohon pada Allah. Serahkan segalanya pada Nya. Segala kesedihan. Kehibaan. Kerinduan. Kerisauan. Mengadulah pada Nya ;)


Insyallah segala yang baik akan didatangkan kemudian. Cuma waktu dan masa je tidak diketahui.

Wallahuaklam. =)


* tetiba rase macam jadi pakar motivasi plak~~ haha


Apr 24, 2010

chaiyok!

Tadi ,mase tengah berborak ngan one of our qs – quantity surveyor, hehe die ade terkeluar satu cerita. Konon nye, ade salah satu staf mengomen, bhgn HR tak buat keje, psl skim pun tak amik peduli.

Hei, panas hati bile dengar nih. Kalau bab-bab keje ni,memang pantang sket. Takpe-takpe, kitorang akan buktikan nnti. Nak harapkan HR sebelum ni, ade diorang usahakan utk revise skim gaji untuk staff kt situ ke?

Bile datang kitorang, terus hempuk segala sume masalah, guna skim lame, staff data berterabur, tak update, buat keje main taram je, etc bla-bla. kami orang baru. Patut diberi tunjuk ajar. Bukan dengan cara sedemikian. Memang la. Patut la ramai yang tak tahan kt unit ni. Ramai yang tak kekal. mungkin tak tahan dengan sistem pengurusan di sini. Alamak, harap-harap takde la sesape ofismet yg terbaca. ( kalau cik ila bace, senyum-senyum saje eh. Jangan bagitau kt orang len tau ) =P

Aku ngan my sis partner, da nekad. Selagi kitorang ade kat sini, kami akan ubah persepsi diorang terhadap unit ni. Pembaharuan akan berlaku. Target kali ni : previous scheme must be upgraded~

~ selalu letih. Bukan letih/penat dengan kerja. Tapi penat dengan sesetengah sikap + mentaliti masyarakat.

Apr 23, 2010

bile, dan bila?


Hari-hari yang berlalu dengan penuh warna-warni. Berwarna hitam pun ade. Kelabu asap tak ketinggalan. Tapi blog tetap menyepikan diri. Namun tidakla sesepi ruangan hati ini. Hahaha lol permulaan entri pada kali ini.

Amek ko, penuh berbunga-bunga ayat, ibarat suasana di laman rumah. Rumah banyak bunga tau. Walau pun cuaca panas terik, tunggu-tunggu hujan tak kunjung tiba. Yang peliknya, di negeri sana siap ribut, guruh dan petir mengalahkan negeri pantai timur nih. Al maklum la sekarang tengah musim kemarau. Tak tahan. Tapi panas akhirat lagi tak tahan kan.

Ouchh! [-_-]

Maka Tak kira pagi atau malam, mesti nak minum ais. Sebelum tidur pun, sempat lagi turun bawah, bukak peti, cari air. opss ais la. Ketung-ketang, mengejutkan semua ahli rumah memang jadi rutin dah. Haha pastu letak lemon, gula sket, air and ais. Nak lagi nampak semangat, potong lemon, hias dan letak di bibir gelas. Fullamak, syahdunye. Dan berangan, rehat di tepi pantai, di sebuah pulau. Iaitu Pulau perhentian! Woaaa~

Haa ni satu hal, bila sebut nama pulau ni. Memang agak sensitip la. Bila la korang ni nak stat plan kite ni. Mula-mula akhir bulan mac. Dibawa ke bulan april. Dan terbaru, pada hari cuti buruh. Tapi sah-sah chalet dan resort segala bagai da penuh time tu. Hopefully the next week nye ade peluang la. Lame da tak rase fun dan enjoy! Ke da lupe perasaan seronok tu? Huhuh asyik bangun, celik mata, keje. Keje. Dan keje. Balik dari keje terus memasuki alam lain. Alam mimpi. Huh!

Weekend pun same. Hari jumaat mestila rehat-rehat seharian, main-main di laman, makan-makan di taman. ececeh nak berderat ke tempat lain pun tak larat dah. Keesokan hari nye keje lagi. Hari sabtu, ahad dan seterusnye berputar-putar rutin yang sama. bile nak bertukar rutin yg berlainan sket neh.





tatau nak bebel ape. bebelan dari hati kot~

~ Rase nak potong rambut la. Da beberapa kali berniat tapi gagal.

Kali ni, nekad.



Apr 16, 2010

ding.dong.

i think im in loveee!!.............




































with this song. haha ( jgn terpedaya dgn kata-kata ) ;)


semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


'bile pertama kali dengar lagu ni, rase macam.

happily intoxicated!'

somehow, kadang-kadang sesebuah lagu tu bley mengingatkan kita pada sesuatu peristiwa or someone. maybe -


persoalan yang bermain-main di minda,


have u ever denied your feelings for someone, because your fears of rejection was too hard to handle? hmm?

hati sendiri pun tak terjawab.
kusut-sigh*


Apr 2, 2010

an award and tag!



Ermm im a bit busy today..not a bit tapi sangat-sangat! Hectic day. And a bit tired since hari ni asyik ke hulu ke hilir selesaikan banyak kerja yang tertangguh. Bila ade orang call, saya lah yang kena angkat. Bila bos panggil, saya la kena pergi. Sebab ramai yang ambil cuti, jadi banyak la kena take over tugas orang.

Lagi pun semalam tak berapa lena nak tidur lah. Semalam depan rumah ade beberapa budak lelaki lebih kurang 4 orang sedang kerja kan manhole dpn umah. Tak kan lah malam-malam pun diorang buat kerja-kerja pembaikian paip. Last-last sambil intai diorang buat keje, cuba cari nombor yang boleh buat aduan. Tapi tak sempat la pulak. The whole night asyik terjaga bila dengar bunyi bising ke ape. Risau jugak if somethin happen kt luar tu, boleh la jugak buat report bila sesuatu berlaku depan mata.

Itu cerita semalam. =P







Sebenarnye, saya dpt award from my sister, najwa chan~ sambil tu, kena jawab tag la. lame tau tak kena tag. Ok jom proceed dgn rules n the questionss ;)

1.Thank & link the person that gave you the award

Terima kasih, najwa.

Pesanan : nak hadiah dari singapore ^^



2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

1. affan (ni da lame mintak nak kena tag)

2. aiskelim ( new blogger)

3.when the heart beating

4. pen takde dakwat

5 – 15. semua list blogger dan yang datang bertandang. (anda disunatkan untuk menjawab)



3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

Ohh, i will let them know lah.



4. State 7 things about yourself.

Rasenye, tag sebelum ni pun dah bagitau.

Bagi cukupkan syarat, saya jawab yek.

7 perkara tentang saya sekarang~



1. giler berbowling



2. kuat makan. Pagi mesti brekfes nasi. Tengahari pun at least telan nasi or makan makanan berat. Minum petang semestinya! Dan malam, nasi lagi ye [-_-]



3. disebabkan makan banyak, tapi berat tak naik-naik, saya plan untuk mengambil vitamin. Haha plan je namun akan dipercepatkan sebaik mungkin.



4. mudah gastrik sejak akhir-akhir ini!



5. rambut kerap gugur. Saya taktau simptom ape ni. Disebabkan stress atau terlalu gembira atau syampu yang tidak bersesuaian? Haha kena tukar sunsilk lain lah~



6. kena pastikan ade gula-gula halls/hacks di atas meja ofis setiap masa. Saya perlukan glukose yang lebih. Haha rasenye dah terlebih-lebih =P



7. bangun pagi sebelum bekerja, baru terhegeh-hegeh nak iron segala baju dan tudung. Malam sebelum tu tak nak la pulak siapkan awal-awal.hehe



8. saya nak sambung lagi, tapi da cukup 7 la! Takmo lebey-lebey~!

Heee.. adik najwa, kaknur dah laksanakan tugas nii! Kepada nama-nama yang terpilih, selamat mengetag!



~ I think i’ve a symptom of having a sore throat. Tak kan jangkit dengan die kot.

Hope u will recover soon. Tak suke bila dengar ade orang sakit. Mood pun lari.