Jun 24, 2010

rentetan pagi.



arini, pagi-pagi lagi dah dapat repekan yang tak bes. takpe la, da biase. orang-orang sini pun sume da biase. terima aje la. janji aku buat keje aku.

2 3 menjak ni. untuk bekfes, just isi perut dengan kuih-muih. even da bawak nasi bungkus pagi dari umah, kira simpan la untuk tengahari. save bajet beb! fulus makin menurun, bukan makin membukit. he he sambil menabung utk mase depan. walla~ tak berselera pun ade jugak kot. huhu rentetan hal pagi. huh!

keadaan ofis, seperti biase. pasti kelam kabut jikalau hari last untuk minggu tersebut. mane nak hantar report utk miting projek, mane nak submit form dan fax untuk organizer training. baru la nak fotostet bercopy-copy medium untuk kursus la. ohh macam-macam la.

tapi diorang masyukla, gaji sudah masuk maa. kami yang men'prepare' gaji pun tak dapat lagi. uhhh kena ikat perut lagi. makin ramping la pinggang para-para inden. kekeke masing-masing hanya mampu terkebil-kebil melihat orang lain menerima cek. sabar ye korang, time kite akan tiba!

petang tadi, bley plak terlupa yang papa berpuasa. saye pulak terbalik lambat. memang hajat di hati nak buat kuih/something untuk papa berbuka.

mujur bahan-bahan nak buat kuih tu dah ade. (saye yang mengidam kuih sekaya, over dari yang berpuasa lak.lol) tapi, papa lak rushing nak ke surau. nasi untuk berbuka pun disentuh sedikit. yang selebihnye, diamuk selepas blk surau.

saye tak tahu la kesedapan kuih tu tahap mane. yang penting, kurang manis pada anak tekak ni.haha tengah belajar untuk mengurangkan penggunaan gula pada makanan. mak i cakap, i ni pemanis! keke


ps: teringat mase mula-mula makan kuih sekaya ni time di dubai dulu. rasenye lain, rase yang manis-manis lemak. perghh~!


Jun 22, 2010

teguran

mengapa sesetengah orang menggunakan mekanisme marah yang melampau untuk menegur kesalahan/kesilapan orang lain. bukan kah lebih elok jika ditegur secara baik, malah orang yang ditegur pun akan dapat menerima nye dengan mudah. dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

mekanisme itu bukan satu-satunye cara yang terbaik, untuk menegur orang lain. lagi-lagi mereka yang sentiasa berada dalam lingkungan kita, yang bersama-sama ingin maju itu sudahla tentu.

kalau ditegur dengan cara yang betul, semangat utk maju pun turut bangkit. kondisi sebegini, yang patut dah lama diterapkan dalam organisasi seperti ini.




ps: repekan di kantor.uhuk uhuk




pengarang jantung tetap ade di sisi menadah telinga, berkongsi rasa. heee~





Jun 13, 2010

the creature


i changed my mind!!

haha 21 jam yang lalu, saye beria-ria nak tutup blog kan. but bile fikir balik-balik. oh tidak! sayang laa seribu kali syg. syg lagi orang di sane. kuikui tetiba.

maybe saye patut bermula semula. mungkin permulaan dengan short entry. and yang paling penting, updet. kan?



tengah-tengah syok updet. my sister emi, masuk ke bilik. macam biase la kalau tengak si kakak tengah beria mengadap laptop, maka si adik pun sibuk mengacau daun.

pastu dan-dan die menjerit! saye mestila terkejut. ditunjuk nye lipas yang tengah bergayut di kain langsir, sambil da siap sedia bukak sayap nye. eiiiii!!eiiii!!!!aaah!! ngan saye sekali menjerit sekuat hati. ape lagi, lari semua lintang pukang kuar dari bilik.

kitorang pantang skali dengan binatang lipas. tak kira yang tak berterbang pun kitorang geli. alamatnye, shieldtox pun kena ade dalam bilik la kan. sebagai persediaan awal. kuikui.

err. perit rase tekak. sape suruh, jerit tak hingat dunia!



ps: harap-harap tidak bermimpikan lipas. erkk~



Jun 12, 2010

on a good day


i'm not in the mood.

i just dont feel like writting anything or doing something inspiring today.

haha, but now im writting.

actually, saye rase nak tutup blog la. da tade feel untuk berblog. fb pun da berjangkit. nak updet stetes or upload some pics pun malas. biasenye kalau adik balik dari mrsm, sure nye kitorang akan berebut laptop, updet fesbuk. download muvie/any new songs.

nowadays, saye rela biarkan adik conquer my lappy tu. apsal eh? perubahan umur ke. or tade perkara/benda yang bley dibincang or diceritakan. apatah lagi diluahkan? kalau diikutkan, memang banyak, sampai tak terluah.

da banyak kali percubaan nak tulis sesuatu. tapi bile terbuka je screen blogger, cerita hanya sekadar di fikiran saje. tak tertaip. tak terluah.


i need someone to talk to. sigh* tetiba terfikir, brape jarak jauh antara msia ngan singapore sbnarnye. i only miss someone.indeed.


ps : I’ll get a good night’s sleep and try to be more inspiring tomorrow. But we will see. Psl tutup blog tu, agak-agak da tak bley bukak tu. faham-faham je la ye.ekeke nite!



Jun 8, 2010

the one and only.


Ost Laskar Pelangi - Sahabat kecil

Baru saja berakhir
Hujan di sore ini
Menyisakan keajaiban
Kilauan indahnya pelangi

Tak pernah terlewatkan
Dan tetap mengaguminya
Kesempatan seperti ini
Tak akan bisa di beli

Reff:
Bersamamu ku habiskan waktu
Senang bisa mengenal dirimu
Rasanya semua begitu sempurna
Sayang untuk mengakhirinya

Melawan keterbatasan
Walau sedikit kemungkinan
Tak akan menyerah untuk hadapi
Hingga sedih tak mau datang lagi

Back to Reff:

Janganlah berganti
Janganlah berganti
Janganlah berganti
Tetaplah seperti ini

Janganlah berganti
Janganlah berganti
Tetaplah seperti ini



Lagu ini mengingatkan kite tentang persahabatan di waktu kecil yang memang begitu indah dan sukar untuk dilupakan. sahabat-sahabat di waktu kecil yang tentu kini mempunyai kehidupan masing-masing yang harus dijalani. sahabat yang kala di waktu susah atau senang, yang sentiasa ada di sisi. mereka yang akan selalu ada, tetap memberi sokongan tanpa mengira masa.

sahabat, penyempurna hidup kita di masa lalu, kini dan akan datang

Salam persahabatan ;)